1 . MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
dia terlalu banyak meminta dan sedikit memberi . mementingkan diri sendiri dan kedekut dalam setiap perkara . keutamaannya ialah nafsu diri sendiri kerana tamak pada kemewahan dan harta dunia .
2 . PENGAMPU
setiap perkara yang kita lakukan dia akan bersetuju , tidak kira sama ada perkara itu betul ataupun salah . apabila dihadapan , dia memuji kita namun di belakang kita , dia merendahkan dan mungkin mengkhianati dia .
3 . PEMBOROS DAN SUKA HIBURAN
apabila seronoknya datang . dia menjadi kawan yang setia . dia senang menjadi sahabat jika kita berhibur , berkeliaran dan melepak pada bila bila masa , serta suka ke tempat tempat hiburan da meminati hiburan yang melalaikan .
4 . MEMBUAT KITA SEMAKIN JAUH DARIPADA ALLAH
seorang yang sesat dan menyesatkan orang lainserta mendekati jalan jalan kemungkaran . hidupnya penuh ranjaun dan onak yang membawa kepada kekufuran .
5 . SUKA MEMBANTA BANTAH
jenis orang yang suka bertikam lidah dan ia merasakan satu kemenangan dalam berhujah dan langsung tidak mahu mengalah untuk menerima pandangan orang lain .
yeah . sekarang macam mane ? da dapat ? agak agak , ade ta kwan kawan korang yang macam tu ? haaa ! kena hati hati tu . sebab kawan kita pun mencerminkan keperibadian kita . berkawanlah kerana untuk mencari keredhaan - NYA .
0 skodeng cite ni:
Post a Comment