tengok gambar pun da tau apa nak cerita..huhuhu
Setiap orang yang pregnant, rezeki dan bahagian dia lain-lain.
Ada yang alahan teruk, ada yang takde alahan langsung. Macam aku, alahan
mengandung boleh dikatakan sangat teruk. Pengalaman masa first trimester sangat-sangat mencabar dan menguji kesabaran aku. Sebab tu orang cakap, nak dapat seorang anak bukan perkara yang senang..
en.suami cakap "jangan merungut"..huhuhu nak nangis je dengar...saya bukan merungut...tapi saje nak manje2..hahahahha...
Okay, antara alahan yang aku alami semasa first trimester ni,
Loya + Muntah
Loya ngan muntah ni normal kot bagi orang pregnant. Setiap orang pregnant
pasti akan rasa. Cuma teruk tak teruk jela. Aku muntah tak kira pagi,
tengahari, petang, malam. Dalam sehari tu sampai 7-8 kali muntah.
Pitam
Pitam tak sangat la.nak kata Hb rendah,g check up Hb okayyy je. Siap kena puji lagi dengan nurse. Mungkin sebab masa tu, kerap muntah takde zat dalam badan ni.
Bau someone
Ha...ni kesian. Kesian kat someone tu..maaf..tak leh nak buat apa..sekarang ni rajin elak je dengan someone tu...
Nasi
Tiga bulan pertama, memang aku tak makan nasik. Aku tengok nasik tu macam takde selera.
Haihh. Tak senonoh betul. so aku makan apa yang boleh makan jela...
Susu
Apa-apa makanan yang ada susu memang aku tak boleh telan. Susu coklat ke
strawbery ke apa ke, kalau minum komfem keluar balik. Masa minum
memangla sedapp, tapi bila dah kuar balik tu, masamnyaaaa lahaiii.
Sampai aku kena marah sebab tak minum susu. Takot baby tak dapat zat yang secukupnya. Milo pun aku buat milo O tanpa susu. Milo je aku boleh minum.
Kat atas ni antara alahan-alahan yang aku alami. Yang lain-lain tu macam
biasa laa. Perubahan diri macam kuat tido. Jadi sangat pemalas. Nak
bergerak pun malas. Keje tau nak baring je. Selain tu, kerap buang air
kecik. Tido malam terganggu. Badan sakit-sakit, pinggang sakit, perut
sakit, kaki sakit, sembelit. Eh?!
Emosi agak terganggu. Kejap jadi cepat marah. Kejap tu cool giler. Kejap lagi kang nanges tak berlagu. Pastu merengek-rengek cam budak kecik. Cepat touching. Cepat sentap. Sudahnya, emosi memang sangat teruk! :( Nasiblaa hubby tu jenis penyabar, jenis yang memahami. Aku marah-marah pun dia steady je. Tadah je telinga dengar aku membebel. Alahaiii~
Friday, 6 June 2014
Sunday, 1 June 2014
Hadiah tak ternilai
assalamualaikum wahai blogger2 semua...hehhehe
semua orang tau..anak merupakan "hadiah"tak ternilai yang Allah kurnia kan kepada pasangan yang telah berkahwin...apabila seorang wanita disahkan hamil..takde kata yang dapat menggambarkan perasaan tu...sebab pengalaman masing-masing tak sama...anak ibarat pengikat cinta antara suami dan isteri..
panjang giler mukadimah..macam la orang nak baca sangat..hehehhehh
3/5/2014.. 10.45am..klinik Ng Specialist..aku disah kan pregnant 6minggu..alhamdullah.. setelah 3bulan kami berkahwin..penantian membuah kan hasil..syukur alhamdullah..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
19/3/2014 ..segala nye bermula pada hari itu..hari sepatutnye aku period..tapi tak period..aku tunggu punye tunggu sampai masuk hari ke 7.. mula-mula excited la g buat urine test.. tapi hampeh...takde... aku da frust da..so malas nak pikir...memang sah xd sebab bukan sekali dua test..sape tak sedih frust bagai kan..nak tak nak aku terpakse akur....
3/5/2014 ..kebetulan hari tu merupakan hari pernikahan adik aku...yela aku sibuk la gak uruskan pape yang patut..memang minggu tu..boleh kata aku tak sedap badan..nak buat apa malas je,..then lepas settle majlis..aku ajak en.suami pegi klinik..chek..sebab pagi tu tetiba aku blending (ak memang tak cite pun kat en.suami sebab aku frust...) then masa scan..doktor kta "tahniah..sudah 6 minggu" ya allah..tak tau nak kata apa..cam tak caya pun ye...huhuhu...papepun syukur alhamdulilah...
6/6/2014 .. alhamdullilah da genap 11minggu...semoga segalanye dipermudahkan...
p/s::tulisan tergantung..sebab katil da memanggil..hahhahaha
hari bermakna kami
assalamualaikum sahabat blogger semua...
pfffttttt...berhabuk sudah blog ini..hampir setahun rasanye tak jengah..tak kemas blog ni..bersarang lelabah gamaknye..
berbulan bulan tak update..macam² cerita aku nak tulis..(ceh macam ada orang nak baca je kan) hehehheh.. tak pe la..aku tulis ni untuk tatapan en.suami n anak2 kami nanti..(walaaa..macam ramai la pulak...insyallah)..
imbas kembali..peristiwa bersejarah dalam hidup kami..20/12/2013 tepat pukul 9.25 pm..aku da selamat bergelar isteri kepada ahmad fairul..setelah genap setahun kami bertunang..(20/12/2012)... n setelah hampir 5 tahun perkenalan kami..
sape kata dalam tempoh tu kterang sweet ² je..? macam2 onak duri nak tempuh..(poyo gle ayt..cnfrm kne gelak dgn en.suami)..tapi selalu yang punca masalah aku la..hekhekhek.. selalu sangat uji tahap kesabaran en.suami sebelum bernikah.. berkat kesabaran & tolak ansur..alhamdulillah..segala nye berjalan lancar..
then..majlis persandingan dibuat pada 21/12/2013..di chalet teratak bonda.. sebenarnye ada juga mulut² yang tak berapa nak wangi dok bercakap² nape sewa tempat nak buat majlis.. orang tak tahu masalah kami..so diorg wat kesimpulan sendiri.. tak pe la..mulut orang sememang nye tak boleh nak ditutup..so kami biarkan je..sampai masa diaorg penat diorang akan senyap..tak gitu.. yang penting majlis berjalan lancar..
p/s :: semoga hubungan ini kekal hingga akhir hayat kita....
Subscribe to:
Posts (Atom)