Friday, 6 June 2014

aLAhan MEnganDung??

Cerita Mengong By: FizaFairul pada 10:40 pm 0 skodeng cite ni
tengok gambar pun da tau apa nak cerita..huhuhu

Setiap orang yang pregnant, rezeki dan bahagian dia lain-lain. Ada yang alahan teruk, ada yang takde alahan langsung. Macam aku, alahan mengandung boleh dikatakan sangat teruk. Pengalaman masa first trimester sangat-sangat mencabar dan menguji kesabaran aku. Sebab tu orang cakap, nak dapat seorang anak bukan perkara yang senang..

en.suami cakap "jangan merungut"..huhuhu nak nangis je dengar...saya bukan merungut...tapi saje nak manje2..hahahahha...

Okay, antara alahan yang aku alami semasa first trimester ni,

Loya + Muntah
Loya ngan muntah ni normal kot bagi orang pregnant. Setiap orang pregnant pasti akan rasa. Cuma teruk tak teruk jela. Aku muntah tak kira pagi, tengahari, petang, malam. Dalam sehari tu sampai 7-8 kali muntah.

Pitam
Pitam tak sangat la.nak kata Hb rendah,g check up Hb okayyy je. Siap kena puji lagi dengan nurse. Mungkin sebab masa tu, kerap muntah takde zat dalam badan ni.

Bau someone
Ha...ni kesian. Kesian kat someone tu..maaf..tak leh nak buat apa..sekarang ni rajin elak je dengan someone tu...

Nasi
Tiga bulan pertama, memang aku tak makan nasik. Aku tengok nasik tu macam takde selera. Haihh. Tak senonoh betul. so aku makan apa yang boleh makan jela...

Susu
Apa-apa makanan yang ada susu memang aku tak boleh telan. Susu coklat ke strawbery ke apa ke, kalau minum komfem keluar balik. Masa minum memangla sedapp, tapi bila dah kuar balik tu, masamnyaaaa lahaiii. Sampai aku kena marah sebab tak minum susu. Takot baby tak dapat zat yang secukupnya. Milo pun aku buat milo O tanpa susu. Milo je aku boleh minum.

Kat atas ni antara alahan-alahan yang aku alami. Yang lain-lain tu macam biasa laa. Perubahan diri macam kuat tido. Jadi sangat pemalas. Nak bergerak pun malas. Keje tau nak baring je. Selain tu, kerap buang air kecik. Tido malam terganggu. Badan sakit-sakit, pinggang sakit, perut sakit, kaki sakit, sembelit. Eh?!


Emosi agak terganggu. Kejap jadi cepat marah. Kejap tu cool giler. Kejap lagi kang nanges tak berlagu. Pastu merengek-rengek cam budak kecik. Cepat touching. Cepat sentap. Sudahnya, emosi memang sangat teruk! :( Nasiblaa hubby tu jenis penyabar, jenis yang memahami. Aku marah-marah pun dia steady je. Tadah je telinga dengar aku membebel. Alahaiii~
 

Sunday, 1 June 2014

Hadiah tak ternilai

Cerita Mengong By: FizaFairul pada 2:22 pm 0 skodeng cite ni
assalamualaikum wahai blogger2 semua...hehhehe


semua orang tau..anak merupakan "hadiah"tak ternilai yang Allah kurnia kan kepada pasangan yang telah berkahwin...apabila seorang wanita disahkan hamil..takde kata yang dapat menggambarkan perasaan tu...sebab pengalaman masing-masing tak sama...anak ibarat pengikat cinta antara suami dan isteri..

panjang giler mukadimah..macam la orang nak baca sangat..hehehhehh

3/5/2014.. 10.45am..klinik Ng Specialist..aku disah kan pregnant 6minggu..alhamdullah.. setelah 3bulan kami berkahwin..penantian membuah kan hasil..syukur alhamdullah..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

19/3/2014 ..segala nye bermula pada hari itu..hari sepatutnye aku period..tapi tak period..aku tunggu punye tunggu sampai masuk hari ke 7.. mula-mula excited la g buat urine test.. tapi hampeh...takde... aku da frust da..so malas nak pikir...memang sah xd sebab bukan sekali dua test..sape tak sedih frust bagai kan..nak tak nak aku terpakse akur....

3/5/2014 ..kebetulan hari tu merupakan hari pernikahan adik aku...yela aku sibuk la gak uruskan pape yang patut..memang minggu tu..boleh kata aku tak sedap badan..nak buat apa malas je,..then lepas settle majlis..aku ajak en.suami pegi klinik..chek..sebab pagi tu tetiba aku blending (ak memang tak cite pun kat en.suami sebab aku frust...) then masa scan..doktor kta "tahniah..sudah 6 minggu" ya allah..tak tau nak kata apa..cam tak caya pun ye...huhuhu...papepun syukur alhamdulilah...

 6/6/2014 .. alhamdullilah da genap 11minggu...semoga segalanye dipermudahkan...

p/s::tulisan tergantung..sebab katil da memanggil..hahhahaha

 

hari bermakna kami

Cerita Mengong By: FizaFairul pada 2:04 pm 0 skodeng cite ni
assalamualaikum sahabat blogger semua...

pfffttttt...berhabuk sudah blog ini..hampir setahun rasanye tak jengah..tak kemas blog ni..bersarang lelabah gamaknye..

berbulan bulan tak update..macam² cerita aku nak tulis..(ceh macam ada orang nak baca je kan) hehehheh.. tak pe la..aku tulis ni untuk tatapan en.suami n anak2 kami nanti..(walaaa..macam ramai la pulak...insyallah)..

imbas kembali..peristiwa bersejarah dalam hidup kami..20/12/2013 tepat pukul 9.25 pm..aku da selamat bergelar isteri kepada ahmad fairul..setelah genap setahun kami bertunang..(20/12/2012)... n setelah hampir 5 tahun perkenalan kami..

sape kata dalam tempoh tu kterang sweet ² je..? macam2 onak duri nak tempuh..(poyo gle ayt..cnfrm kne gelak dgn en.suami)..tapi selalu yang punca masalah aku la..hekhekhek.. selalu sangat uji tahap kesabaran en.suami sebelum bernikah.. berkat kesabaran & tolak ansur..alhamdulillah..segala nye berjalan lancar..

then..majlis persandingan dibuat pada 21/12/2013..di chalet teratak bonda.. sebenarnye ada juga mulut² yang tak berapa nak wangi dok bercakap² nape sewa tempat nak buat majlis.. orang tak tahu masalah kami..so diorg wat kesimpulan sendiri.. tak pe la..mulut orang sememang nye tak boleh nak ditutup..so kami biarkan je..sampai masa diaorg penat diorang akan senyap..tak gitu.. yang penting majlis berjalan lancar..

p/s :: semoga hubungan ini kekal hingga akhir hayat kita....

Saturday, 9 March 2013

RiNdU En TunaNg

Cerita Mengong By: FizaFairul pada 2:05 pm 0 skodeng cite ni
dear....
sy selalu tengok pic awak sebelum tidur...

rindu sangatt.,
serius sy rasa lain kalo awak takde dgn saya

semua org ckp awak tak suka senyum
sy tau tu..
awk pnh ckp
"snyum sy hnye utk awk"
sweet gleee..

ad 1 pic awk snyum..sweet sgt..
tp sy xnk upload..biar la kite je tau...
rahsia kite berdua...


p/s:: sabar menanti saat itu nanti...semoga apa dirancang berjalan lancar hendakNya...

MS. Pavlova

Cerita Mengong By: FizaFairul pada 1:59 pm 0 skodeng cite ni
semua orang pasti da pernah makan pavlova..
dulu ak teringin sangat nak makan..
sampai ada orang jual..
1000x aku berpikir..
better aku buat sendiri drpd beli
membazir je..hahaaha

aku tak lah minat sgt,,
juz utk lepas teringin anak tekak ni je
so aku pun wat la pavlovaaa

hasil nye.......
 then aku bg MR Tunang rasa..
then know what??
dia hanye makan buah n krim nye shja...
tak aciii tollll....

whatever la,,
ending nye pavlova tu abis gak akhir nye
Cerita Mengong By: FizaFairul pada 1:45 pm 0 skodeng cite ni
salam...

rindu nye kat blogg bucuk nii..
da lama tak update...
kesian nye blog ak ni...
rasa macam di anak ditiri kan...
heheehehe..

takde masalah nak update or buka blog ni...
pagi pergi keje..petang balik...
malam tidur (keletihan melampau)
hehehehe..

ari minggu lak kadang2 keluar 
dgn En Tunang....
Busy2..

minggu ni excited pulak nak update..
yela..blog ni kan ibarat diari ak..
tak kisah pun ada org nak baca  ke tak..
sebab ini blog ak yg punyeee...
suka ati la nak update ap pun...
hikhikhikhik




Saturday, 26 January 2013

Pavlova VS Layer Marie Cheese

Cerita Mengong By: FizaFairul pada 8:02 pm 0 skodeng cite ni
salam... dah lama tak update..heehheeheheh...
rindu pulak kat blog kite ni.... 

da la teringin nak buat kek,kuih dan lain2.. akhirnye tercapai jugak..alhamdulilah...

tadi pagi buat Layer Marie Cheese dan Pavlova bersama member.. fida..... hehhehe...memang kerje giler..
dalam 1 masa buat 2 jenis.. terbaekkk.... berkat kesabaran terhasil dua benda ni..hahahhaa,.terbaekkk

Photo: Masam Manis Pavlova :)

Photo: Layer Marie Cheese :) nyummy!
- Sedia menerima tempahan utk pelbagai majlis. TQ~

hehehhheeheheh..... tapi member buat bisnes...nak tempah boleh jerk..heheee

Tuesday, 25 December 2012

alhamdullah

Cerita Mengong By: FizaFairul pada 4:42 pm 0 skodeng cite ni
tarikh 20-12-2012 menjadi detik bersejarah sebab aku da jadi tunang kepada Ahmad Fairul!!! my dear love!!heheheh... berkenalan tahun 2008 >> then couple tahun 2009 >> then tunang 2012 >> nikah?? biar masa yang menentu kan nye...

---------------------------------------------------
sebenarnye aku pon tak caya aku da bertunang..hahak..kalo ikut peracangan kterg..mmg plan lmbat lg nak tunang ni..tapi kite hanye mampu merancang..tuhan yg menentu kan segalanye...

---------------------------------------------------
minggu2 pertunangan serius memenatkan...kenape?? semua benda atas bahu aku..hehehhe.. tak pe la..pengalaman utk aku supaya buat kerje takyah nak mengharapkan pertolongan orang lain atau dalam erti kata lain orang yang tak ikhlas menolong jangan minta tolong..ending nye kite yag sakit hati...tapi ape yang berlaku ada hikmah ye.. majlis berjalan lancar walaupun banyak kekurangan..n rezeki aku datang..alhamdullah..syukur..

------------------------------------------------------

pihak aku bertema kan oren hitam..pihak my dear gold.. so coolllll... 5 dulang berbalas 7 dulang.. thanks to my sister sbb bnyak sponser tang hantaran ni...

-------------------------------------------------------

aku nak ucapkan terima kasih kedapa mereka2 yang telah bersusah payah menjaya kan majlis ni..terutamanye mak..akk n adik..tak lupa gak pada my dear..sorii syg..sy sgt memerlukan tenaga awk time tu..sy pon keliru awak ni pihak lelaki atau pompuan..hehheheh..thanks dear

-----------------------------------------------------

Photo

Saturday, 3 November 2012

Epi Besday Dear!!

Cerita Mengong By: FizaFairul pada 5:25 pm 0 skodeng cite ni
sori syg.. sy lambat post dalam blog.. walaupun da terlepas seminggu yang lepas.. saya nak post gak..

selamat hari lahir syg.. semoga hidup awak sentiasa ceria..dilimpahi rezeki yang murah.. dipanjangkan umur..semoga apa yang diimpikan akan tercapai..dan menjadi insan yang berjaya didunia dan akhirat kelak... 

maaf saya tak dapat celebrate bsday awak minggu lepas.. sepatutnye saya berada disana masa tu,,semua da prepare.. tapi keadaan tak mengizinkan.. kita hanya mampu merancang..tapi tuhan yang menentukan segalanya..


insyaallah nanti awak abis kursus, kite celebrate lain ok?? surprise present for you dear!! 


Dihujani dugaan

Cerita Mengong By: FizaFairul pada 5:08 pm 0 skodeng cite ni

Ya Allah.. semenjak minggu ni..pebagai dugaan dan khabar sedih telah aku lalui... aku redha Ya Allah andai itu ujian Kau untuk ku.. aku terima ujian Mu itu dengan tabah Ya Allah.. Bantu la aku dalam menjalani kehidupan ini..berikan lah kekuatan kepada diri ku ini Ya Allah..
-----------------------------------------------------------------
Ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai kifarah dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya. Allah juga tidak menduga hamba-hamba- Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya, ujian dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hambanya adalah seiring dengan keupayaan individu itu untuk menyelesaikan masalahnya. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah:286 yang bermaksud Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya.

haisshh

Cerita Mengong By: FizaFairul pada 4:59 pm 0 skodeng cite ni


“Rahsiakan pertunangan dan hebahkanlah (maklumkan) tentang perkahwinan”




hati gelisah

Cerita Mengong By: FizaFairul pada 4:55 pm 0 skodeng cite ni



kadang-kala kita tidak tahu punca yang membawa hati resah, tetapi sebenarnya itu kerana hati kita tidak diisi dengan sebaik-baiknya. Hati yang kosong, maka mudahlah syaitan masuk menyelinap.

Firman Allah SWT, “Jika engkau dihasut syaitan, maka mintalah pertolongan daripada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-A’raf, ayat 200)


p/s :: Ya Allah.. tenangkan hati dan perasaan ku ini.. Ampuni segala dosa2 ku Ya Allah...

Kenapa kadang-kadang Allah temukan kita dengan orang yang salah..

Cerita Mengong By: FizaFairul pada 4:49 pm 0 skodeng cite ni
1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


~ALLAH knows BESt!
------------------------------------------------------------------
 
terima kasih Ya Allah kau telah temu kan aku dengan "si dia".. semoga hubungan ini kekal selama nya.. 
 
terima kasih "awak" sebab menjadi teman hidup saya.. sanggup terima seadanya saya.. 
 
aku bersyukur...Alhamdulillah..dah tiba mase yg sesuai nanti,,insyaallah aku akan bertemu juga dengan jodohku..Dan aku berharap,,jodohku adalah DIA..amiin...=)

 

Friday, 21 September 2012

layan sekejap

Cerita Mengong By: FizaFairul pada 4:23 pm 0 skodeng cite ni

lagu + lirik dia memang terbaik.. penuh makna.. sedih weiii.. sentap mak jah!!



Milik siapakah hati ini
Bagai berkurun lama kesepian
Ingin aku mencurahkan kasih
Kepada yang sudi
Adakah ia sudi


~alhamdullah~

Cerita Mengong By: FizaFairul pada 4:15 pm 0 skodeng cite ni
lega rasanye da lepas interview.now tunggu keputusan jerk.. ada rezeki aku kat situ ada la... kalo pekerjaan tu baik untuk aku.. ada la..
 


 

 Congratulations,

We are pleased to invite you for the interview session for the intake of Executive, grade E07 at Tenaga Nasional Berhad.

Details of interview are as follows:
Alamat / Address :           TNB Integrated Learning Solution Sdn. Bhd.
Jalan Ikram – Uniten
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
 


 
Bil
Name
Email Address
Bilik
Masa
Tarikh
1
AZMI BIN ZAINAL
Anggerik - 2
8:30 pg
11 September 2012
2
LIYANA BINTI MOHAMAD ZAKIMI
Anggerik - 2
9:00 pg
11 September 2012
3
MUHAMMAD SYAFIQ BIN SOFIAN
Anggerik - 2
9:30 pg
11 September 2012
4
AZHARUDDIN BIN AHMAD
Anggerik - 2
10:00 pg
11 September 2012
5
NUR HASANAH BT SHAH RUDIN
Anggerik - 2
10:30 pg
11 September 2012
6
SITI HAJAR BINTI SAAM
Anggerik - 2
11:00 pg
11 September 2012
7
SITI SUHARA BT JAFFAR
Anggerik - 2
11:30 pg
11 September 2012
8
ROSLIZA MD JANI
Anggerik - 2
12:30 tgh
11 September 2012
9
MASTURA BINTI ABDULLAH
Anggerik - 2
2:30 ptg
11 September 2012
10
MUHAMMAD AIDID BIN ABU BAKAR
Anggerik - 2
3:00ptg
11 September 2012
11
NORHAFIDAH BINTI MOHD YUNOS
Anggerik - 2
3:30 ptg
11 September 2012
12
FIZA NUR AZIA BINTI FADIR
Anggerik - 2
4:00 ptg
11 September 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

da kawen

Daisypath Anniversary tickers

baby jengah

Lilypie Pregnancy tickers

aku dan dia..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.

 

Love Is Cinta Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea